Sungai Akar, Sabtu 07 Jun 2025 – Pasukan Sekuriti Gurkha telah mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1446 Hijrah/2025 Masihi, bertempat di Surau Perkhemahan Sungai Akar.

Yang Mulia Komandan Pasukan Sekuriti Gurkha, Lt Kol (U) Haji Habil bin Haji Adol turut hadir bersama  anggota-anggota PSG dimajlis tersebut.   Majlis dimulakan dengan Takbir Raya dan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha berjemaah, yang diimamkan oleh 15521 PW1 (U) Mohd Shahrin bin Haji Sarpudin dan beliau juga turut menyampaikan Khutbah Hari Raya Aidiladha.