SUNGAI AKAR, Jumaat, 20 Jun 2025 – Kursus Pendidikan Akhlak telah diadakan bermula 16 Jun 2025 hingga 19 Jun 2025 bertempat di Surau Perkhemahan Sungai Akar. Seramai 09 anggota PSG telah menghadiri kursus tersebut yang dikendalikan oleh Yang Mulia Ustaz Muhammad Abdussalam bin Haji Jahari. Tujuan kursus ini adalah untuk membentuk dan membimbing peserta agar memiliki sifat-sifat baik, perilaku terpuji serta menjadi kebiasaan yang tercermin dalam tindakan sehari-hari sesuai dengan ajaran agama Islam demi mengharapkan keredhaan Allah Subahanahu Wata’ala.
Kursus selama 04 hari itu diakhiri dengan majlis penutup kursus yang diserikan dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus oleh Komandan Pasukan Sekuriti Gurkha.


