SUNGAI AKAR, Juma’at, 26 September 2025 – Kursus Asas Taharah telah diadakan bermula pada 22 September 2025 hingga 26 September 2025 bertempat di Surau Perkhemahan Sungai Akar. Seramai 07 orang anggota telah menghadiri kursus tersebut terdiri dari 04 orang anggota PSG dan 03 orang anggota dari Rejimen Pengawal Diraja, TDDB dikendalikan oleh Jabatanarah Agama ABDB. Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang kepentingan Taharah (Suci dan bersih) kerana ianya merupakan syarat sah untuk melaksanakan ibadah, terutamanya Solat dan bagi mendapat keredhaan Allah dengan bersuci, seseorang Muslim bersedia untuk melakukan ibadah.
Kursus ini diadakan selama 05 hari dan diakhiri dengan majlis penutup kursus yang diserikan dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus oleh Komandan Pasukan Sekuriti Gurkha.
