SUNGAI AKAR, Jumaat, 31 Julai 2026 – Majlis penutup bagi Kursus Tahsin As-Solah dan Kursus Ta’Lim Al-Quran bagi tahun 1447H / 2026M telah diadakan di Surau Perkhemahan Sungai Akar. Kursus anjuran bersama tersebut disertai oleh anggota Pasukan Sekuriti Gurkha (PSG) dan Rejimen Pengawal Diraja yanh TDDB dikendalikan oleh tenaga pengajar dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), Kementerian Pertahanan.
Program ini bertujuan memberikan pengetahuan dan kefahaman kepada para peserta untuk melaksanakan ibadah solat dengan lebih sempurna serta meningkatkan mutu bacaan, pemahaman tentang ilmu tajwid, mengenai huruf-huruf hijaiyyah dan meningkatkan lagi penghayatan semasa solat. Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil kepada para peserta kursus oleh Yang Mulia Komandan Pasukan Sekuriti Gurkha sebelum diakhiri dengan sesi bergambar ramai.


