SUNGAI AKAR, Jumaat, 17 Oktober 2025Bengkel Tahsin As-solah serta Solat Jama’ dan Qashar telah diadakan bermula 13 Oktober 2025 hingga 16 Oktober 2025 bertempat di Surau Perkhemahan Sungai Akar.   Seramai 10 anggota menyertai bengkel ini iaitu 05 anggota PSG dan 05 anggota Tentera daripada Rejimen Pengawal Diraja, TDDB yang dikendalikan oleh Yang Mulia Ustaz Muhammad Abdussalam bin Haji Jahari.

Tujuan bengkel ini adalah untuk mengenal pasti perkara-perkara rukun dalam solat, membezakan antara perkara yang makruh dan haram di dalam solat, mempraktikkan solat secara sempurna, meningkatkan kualiti ibadah dan mengelakkan kesalahan dalam bacaan atau perbuatan.

Bengkel selama 04 hari itu diakhiri dengan majlis penutup bengkel yang diserikan dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta bengkel.