SUNGAI AKAR, Jumaat, 07 November 2025 – Pasukan Sekuriti Gurkha telah mengadakan Majlis Penutup Bengkel Penyempurnaan Jenazah bertempat di Surau Perkhemahan Sungai Akar. Bengkel ini telah dihadiri oleh 08 ahli anggota PSG dan tenaga pengajar adalah daripada Ustaz terlatih Jabatanarah AGAMA Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kementerian Pertahanan. Yang Mulia Komandan juga turut menyerahkan sijil kepada peserta bengkel pada hari tersebut.
Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran para anggota PSG tentang ilmu pengurusan jenazah berlandaskan syariat Islam. Melalui bengkel ini juga, peserta didedahkan dengan langkah-langkah dan tatacara yang betul untuk menyempurnakan jenazah, memastikan mereka lebih peka dan berpengetahuan dalam mengendalikan jenazah dengan penghormatan dan kepatuhan kepada ajaran agama islam.



