SUNGAI AKAR, Jumaat, 23 Januari 2026 – Pasukan Sekuriti Gurkha telah mengadakan Majlis Penutup Bengkel Penghayatan Ramadhan bertempat di Surau Perkhemahan Sungai Akar. Bengkel ini telah dihadiri seramai 23 anggota iaitu 10 anggota PSG dan 13 anggota Tentera dari Rejiman Pengawal Diraja (TDDB) dan tenaga pengajar adalah daripada Ustaz terlatih Jabatanarah AGAMA Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kementerian Pertahanan. Yang Mulia Komandan juga turut menyerahkan sijil kepada peserta kursus pada hari tersebut.
Bengkel ini berlangsung selama 04 hari yang bermula pada 20 Januari 2026 hingga 23 Januari 2026 ianya bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman kepada peserta mengenai ibadah puasa serta menerangkan hukum-hakam yang berkaitan di bulan Ramadhan dan membincangkan mengenai rukun-rukun puasa, sunat-sunat puasa serta perbahasan Malam Lailatul Qadar.


