SUNGAI AKAR, Jumaat, 25 april 2025 – Bengkel korban, aqiqah dan kelahiran bagi anggota PSG anjuran Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT) telah sempurna dilaksanakan bermula 21 April 2025 hingga 25 April 2025 bertempat di Surau Perkhemahan Sungai Akar.
Seramai 11 anggota PSG telah mengikuti bengkel tersebut yang berlangsung selama empat hari yang dikendalikan oleh Yang Mulia Ustaz Muhammad Abdussalam bin Haji Jahari, Guru Terlatih di PSG.
Bengkel selama empat hari itu di akhiri dengan majlis penutup bengkel yang diserikan dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta bengkel oleh Yang Mulia Lt Kol (U) Haji Habil bin Haji Adol, Komandan Pasukan Sekuriti Gurkha.

