Sungai Akar, Khamis 04 September 2025 – Pasukan Sekuriti Gurkha telah mengadakan Majlis Gema Marhaban malam ke-12 sempena Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi tahun 1447/2025, bertempat di Surau Perkhemahan Sungai Akar.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis ini adalah Komandan Pasukan Sekuriti Gurkha. Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan Dikir Maulud, Doa Dikir dan Doa Peliharakan Sultan yang dibacakan oleh 50762 Kpl Abdul Baar bin Haji Sijun.

