Sungai Akar, Rabu 27 Ogos 2025 – Pasukan Sekuriti Gurkha telah mengadakan Majlis Gema Marhaban Dalam Sempena Sambutan Maulidur Rasul bertempat di Surau Perkhemahan Sungai Akar, Pasukan Sekuriti Gurkha. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, setelah itu diikuti dengan Penyampaian Sirah Nabawiyyah dan Laungan Dikir Syarafil Anam, dan setelah itu Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah dan disambung lagi dengan Laungan Dikir serta Doa Dikir, Doa Peliharakan Sultan dan diakhiri dengan Selawat Qiam yang dipimpin oleh yang Mulia 50762 Kpl Abdul Baar bin Haji Sijun.
Majlis Gema Marhaban ini adalah salah satu program yang dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan pada tahun ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta semangat ukhuwah dan persaudaraan dikalangan anggota PSG dan juga anggota di bawah Kementerian Pertahanan.

