Sungai Akar, Jumaat, 15 Ogos 2025 – Kursus Sejarah Islam diadakan bermula 11 Ogos 2025 hingga 15 Ogos 2025 bertempat di Surau Perkhemahan Sungai Akar. Seramai 11 anggota telah menghadiri kursus tersebut. Dan untuk julung kalinya, seramai 04 orang anggota PSG yang bukan beragama Islam dan seorang anggota dari Rejimen Pengawal Diraja, TDDB telah turut serta hadir mengikuti kursus yang dikendalikan oleh Yang Mulia Ustaz Muhammad Abdussalam bin Haji Jahari. Tujuan kursus ini adalah bagi mengenal pasti tentang Sejarah, Perjuangan dan Pengorbanan Nabi Muhammad SAW dan mengaitkan di dalam aspek kehidupan seharian dengan mengetahui Sirah Nabawiyyah.
Kursus selama 05 hari itu diakhiri dengan majlis penutup kursus yang diserikan dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus oleh Komandan Pasukan Sekuriti Gurkha.


