Sungai Akar, Ahad 24 Ogos 2025 – Pasukan Sekuriti Gurkha telah mengadakan Majlis Pembukaan Dikir Maulidur Rasul sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bagi tahun 1447 Hijrah / 2025 Masihi, bertempat di Surau Perkhemahan Sungai Akar.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu adalah Komandan Pasukan Sekuriti Gurkha. Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan Dikir Syarafil Anam yang dipimpin oleh 50762 Kpl Abdul Baar bin Haji Sijun. Seterusnya Doa Dikir dan Doa Peliharakan Sultan dibacakan oleh Ustaz Muhammad Abdussalam bin Haji Jahari, Guru Terlatih di Pasukan Sekuriti Gurkha.


