Sungai Akar, Ahad 30 MAC 2025 – Pasukan Sekuriti Gurkha telah mengadakan Majlis Malam Takbir Hari Raya Aidilfitri 1446 Hijrah / 2025 Masihi, bertempat di Surau Perkhemahan Sungai Akar. Majlis di mulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Isyak Berjemaah yang di imamkan oleh 50762 Kpl Abdul Baar bin Haji Sijun. Setelah itu majlis di gemakan dengan Takbir Hari Raya bagi sama-sama meraikan kedatangan bulan Syawal.

