Sungai Akar, Jumaat, 28 Mac 2025 – Pasukan Sekuriti Gurkha telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim sempena bulan Ramadhan 1446 hijrah / 2025 Masihi, bertempat di Surau Perkhemahan Sungai Akar.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis adalah Komandan Pasukan Sekuriti Gurkha, Yang Mulia Lt Kol (U) Haji Habil bin Haji Adol. Majlis di mulakan dengan acara khatam Al-Quran yang di ketuai oleh Ustaz Muhammad Abdussalam bin Haji Jahari, Guru terlatih di PSG. Pada tahun ini, seramai 10 orang anggota PSG telah mengikuti program khatam Al-Quran melalui Program Ihya’ Ramadhan.
Majlis juga di teruskan dengan penyampaian derma kepada seramai 8 orang anak-anak yatim PSG yang hadir pada majlis tersebut. Penyampaian derma telah di sampaikan oleh Tetamu kehormat Majlis. Majlis tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan keagamaan Pasukan Sekuriti Gurkha.



