Sungai Akar, Selasa 14 Julai 2026 – Pasukan Sekuriti Gurkha telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Bersempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-80 tahun 1448 hijrah / 2026 Masihi, bertempat di Surau PSG, Perkhemahan Sungai Akar.
Majlis dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, kemudian membaca Surah Yassin beramai-ramai dan bacaan Doa Kesyukuran.
