Sungai Akar, Jumaat 15 Ogos 2025 – Pasukan Sekuriti Gurkha telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Bersempena Hari Ulang Tahun Pengambilan Pertama (BRT 01/07) anggota tempatan yang ke-18 tahun bertempat di Surau Perkhemahan Sungai Akar.
Majlis dimulakan dengan membaca tahlil serta diteruskan dengan bacaan doa kesyukuran yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Abdussalam bin Hj Jahari dan 50762 Kpl Abdul Baar bin Haji Sijun.

