Sungai Akar, Sabtu 15 Mac 2025 – Pasukan Sekuriti Gurkha telah mengadakan Majlis berbuka Puasa bersama Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan dan Mantan-Mantan Komandan Pasukan Sekuriti Gurkha bertempat di Surau Perkhemahan Sungai Akar.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis adalah Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan. Majlis di mulai dengan sesi bergambar ramai dan seterusnya, Tetamu kehormat dan juga Mantan-Mantan Komandan Pasukan Sekuriti Gurkha berkesempatan melawat Galeri Gurkha.

Setelah itu, majlis juga di semarakkan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil yang di ketuai oleh Ustaz Muhammad Abdussalam bin Haji Jahari. Di ikuti Majlis berbuka Puasa dan seterusnya menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah. Majlis tersebut merupakan antara salah satu aktiviti tahunan keagamaan Pasukan Sekuriti Gurkha.

Sesi bergambar rmai bersama Tetamu kehormat majilis dan Mntan - mantan komandant.jpg

Sesi bergambar ramai di depan Galeri Gurkha 1.jpgSesi bergambar ramai di depan Galeri Gurkha 2.jpg