Temburong, Rabu 01 Mac 2025 – Pasukan Sekuriti Gurkha telah mengadakan kunjungan ke surau Perkhemahan Bangar sempena program ihya’ Ramadhan (Jangkauan Dalam). Kunjungan seramai 10 orang anggota dari PSG yang di ketuai oleh 0160 PW2 Asyraffie Alam bin Tuah. Dalam kunjungan tersebut, acara di mulakan dengan Sembahyang Isyak berjemaah, Sembahyang Sunat Terawih dan di ikuti Tadarus bersama Anggota daripada surau Perkhemahan Bangar.

Program jangkauan dalam ini  adalah salah satu program Ihya’ Ramadhan yang di anjurkan oleh Kementerian Pertahanan pada tahun ini. Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan  silaturahim serta semangat ukhuwah dan persaudaraan di kalangan anggota PSG dan juga anggota Perkhemahan Bangar.

Bergambar ramai bersama anggota - anggota Perkhemahan Bangar.jpg

Activiti Tadarus AL-Quran 2.jpgActiviti Tadarus AL-Quran 1.jpg