Sungai Akar, Isnin 17 Ogos 2026 – Pasukan Sekuriti Gurkha telah mengadakan Majlis Gema Marhaban Dalam Sempena Sambutan Maulidur Rasul bertempat di Surau Pasukan Sekuriti Gurkha Perkhemahan Sungai Akar. Hadir pada majlis itu adalah rombongan dari Akademi Pertahanan ABDB.
Majlis di mulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan setelah itu diikuti dengan Laungan Dikir Syarafil Anam, dan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah dan dialahari dengan Laungan Dikir serta Doa Dikir, Doa Peliharakan Sultan dan di akhiri dengan Selawat Qiam.
Majlis gema marhaban ini adalah salah satu program yang di anjurkan oleh Kementerian Pertahanan pada tahun ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta semangat ukhuwah dan persaudaraan di kalangan anggota PSG dan juga anggota di bawah Kementerian Pertahanan.


