Bolkiah Garison, Jumaat, 11 Julai 2025 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1447. Pasukan Sekuriti Gurkha juga ikut serta pada majlis tersebut yang diadakan di Surau Ad-Difa, Bolkiah Garison.
Hadir selaku Tetamu Kehormat adalah Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama. Turut hadir juga adalah pegawai-pegawai dan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Kementerian Pertahanan. Majlis dimulai dengan mengadakan Sembahyang Subuh berjemaah yang disusuli dengan tazkirah bertajuk ‘Semarak Hijrah Mencapai Kecemerlangan Yang Mampan’. Setelah itu acara berjalan kaki (walkathon) secara beramai – ramai sejauh 3KM bermula dari Surau Ad-Difa, Bolkiah Garison menuju ke Masjid Sufri Bolkiah, Kampong Perpindahan Berakas. Di majlis itu, Tetamu Kehormat juga turut berkenan menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim.
Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1447 ini, turut diadakan serentak disemua surau-surau Garison, Perkhemahan dan Pangkalan ABDB.


