SUNGAI AKAR, Jumaat 18 Julai 2025 – Pasukan Sekuriti Gurkha telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Bengkel Ta’limul Qur’an, bertempat di Surau Perkhemahan Sungai Akar. Lt Kol (U) Haji Habil bin Haji Adol, Komandan Pasukan Sekuriti Gurkha turut hadir dan menyampaikan sijil kepada para peserta bengkel. Seramai 08 anggota PSG telah menghadiri bengkel ini yang berlangsung selama 04 hari bermula dari 07 Julai 2025 hingga 10 Julai 2025.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti bacaan serta kefahaman demi mengharapkan keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala.


