Sungai Akar, Jumaat 30 Mei 2025 – Pasukan Sekuriti Gurkha telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil kepada peserta Bengkel Tadabbur di Surau Perkhemahan Sungai Akar.

Komandan Pasukan Sekuriti Gurkha, Yang Mulia Lt Kol (U) Haji Habil bin Haji Adol telah menyampaikan sijil kepada 11 anggota PSG yang telah berjaya menyertai bengkel tersebut.

Bengkel ini telah diadakan selama dua hari pada hari Rabu, 21 Mei hingga hari khamis, 22 Mei 2025.  Tujuan bengkel ini adalah untuk membantu peserta mendalami makna serta kepentingan istighfar, selawat dan doa dalam kehidupan seharian disamping meningkatkan kefahaman peserta tentang kepentingan hubungan dengan Allah SWT melalui amalan Tadabbur, sekaligus memperkukuh hubungan spiritual kita sebagai makhluk dengan Allah SWT.

YM Komandan PSG berkenan menyampaikan sijil kepada peserta bengkel 1.jpg

YM Komandan PSG berkenan menyampaikan sijil kepada peserta bengkel 2.jpg

Peserta bengkel bergambar ramai dengan YM Komdan PSG.jpg