SUNGAI AKAR, Jumaat, 15 Mei 2025 – Pasukan Sekuriti Gurkha telah mengadakan Majlis Penutup Bengkel Penyempurnaan Jenazah bertempat di Surau Perkhemahan Sungai Akar. Hadir selaku tetamu kehormat Lt Kol (U) Haji Habil bin Haji Adol, Komandan Pasukan Sekuriti Gurkha, bengkel ini telah dihadiri oleh 10 orang anggota ahli PSG dan pengendali kursus ialah Yang Mulia Ustaz Abdussalam bin Haji Jahari, Guru Terlatih di PSG. Yang Mulia Komandan juga turut menyerahkan sijil kepada peserta kursus pada hari tersebut.
Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran para anggota PSG tentang ilmu pengurusan jenazah berlandaskan syariat Islam. Melalui bengkel ini juga, peserta didedahkan dengan langkah-langkah dan tatacara yang betul untuk menyempurnakan jenazah, memastikan mereka lebih peka dan berpengetahuan dalam mengendalikan jenazah dengan penghormatan dan kepatuhan kepada ajaran agama islam.



