Sungai Akar, Rabu 26 Februari 2025 – Pasukan Sekuriti Gurkha telah mengadakan Kempen Kebersihan di dua buah Masjid iaitu Masjid Rashidah Saádatul Bolkiah, Kampong Sungai Akar dan Masjid Kampung Masin. Seramai 60 anggota PSG telah menyertai kempen kebersihan tersebut bersama Ahli-ahli Takmir Masjid berkenaan.
Kempen tersebut adalah sebahagian daripada Program Ihya Ramadhan iaitu Kempen kebersihan Masjid Seluruh Negara bagi Tahun 1446H/2025M anjuran Kementerian Pertahanan. Kempen kebersihan tersebut juga bertujuan sebagai persiapan untuk aktiviti dan solat berjemaah pada bulan ramadhan yang akan datang.




