Bolkiah Garison, Jumaat 19 Jun 2026 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1448H. Pasukan Sekuriti Gurkha juga turut serta pada majlis tersebut yang diadakan di Surau Ad-Difa, Bolkiah Garison.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut Kapten Khairil Haji Abdul Rahman, TLDB Timbalan Pemerintah Markas Angkatan Bersama (MAB) ABDB. Juga turut hadir adalah Pegawai-pegawai dan Anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Kementerian Pertahanan. Majlis dimulai dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Subuh berjemaah dan kemudian disusuli dengan tazkirah bertajuk “Hijrah Penyelamat Aqidah” .
Setelah itu acara diteruskan dengan acara berjalan kaki (walkathon) beramai-ramai sejauh 3KM bermula dari Surau Ad-Difa, Bolkiah Garison terus menuju ke Masjid Kampung Pulaie, Mukim Berakas A. Di majlis itu juga tetamu kehormat juga turut menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim. Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1448H ini juga turut diadakan serentak disemua Surau-surau Garison dan Perkhemahan ABDB.


