NEWS HEADLINES
KEMPEN KEBERSIHAN MASJID
Kg Junjongan, Rabu, 23 April 2025 – Pasukan Sekuriti Gurkha telah mengadakan Kempen Kebersihan di Masjid As-Salaam, Kampung Junjongan. Seramai 25 orang anggota PSG telah menyertai kempen kebersihan tersebut bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid berkenaan. Kempen kebersihan tersebut diketuai oleh 0160 PW2 Asyraffie Alam bin Tuah dan 0111 PW2 Noradime bin Haji Alim. Kempen tersebut adalah sebahagian daripada Program Ihya Ramadhan iaitu Kempen Kebersihan Masjid Seluruh Negara bagi Tahun 1446H/2025M anjuran Kementerian Pertahanan.
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN MANTAN-MANTAN KOMANDAN PASUKAN SEKURITI GURKHA
Sungai Akar, Sabtu 15 Mac 2025 – Pasukan Sekuriti Gurkha telah mengadakan Majlis berbuka Puasa bersama Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan dan Mantan-Mantan Komandan Pasukan Sekuriti Gurkha bertempat di Surau Perkhemahan Sungai Akar.
KUNJUNGAN PASUKAN SEKURITI GURKHA KE SURAU PERKHEMAHAN BANGAR SEMPENA PROGRAM IHYA RAMADHAN 1446H/2025M
Temburong, Rabu 01 Mac 2025 – Pasukan Sekuriti Gurkha telah mengadakan kunjungan ke surau Perkhemahan Bangar sempena program ihya’ Ramadhan (Jangkauan Dalam). Kunjungan seramai 10 orang anggota dari PSG yang di ketuai oleh 0160 PW2 Asyraffie Alam bin Tuah. Dalam kunjungan tersebut, acara di mulakan dengan Sembahyang Isyak berjemaah, Sembahyang Sunat Terawih dan di ikuti Tadarus bersama Anggota daripada surau Perkhemahan Bangar.
MAJLIS PEMBUKAAN TADARUS DAN SEMBAHYANG SUNAT TERAWIH SEMPENA BULAN RAMADHAN 1446H/2025M, ANJURAN PASUKAN SEKURITI GURKHA
Sungai Akar, Sabtu 01 Mac 2025 – Pasukan Sekuriti Gurkha telah mengadakan Majlis pembukaan Tadarus dan Sembahyang sunat Terawih sempena bulan Ramadhan bagi tahun 1446 hijrah / 2025 Masihi, bertempat di Surau Perkhemahan Sungai Akar.
GURKHA SECURITY UNIT OFFICER PROMOTION CEREMONY
Sungai Akar Camp, Monday, 5 May 2025 – With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Captain Rabin Shahi promoted on 05 May 2025 and the promotion ceremony was held in GSU Officers’ Mess.
GURKHA SECURITY UNIT OFFICERS PROMOTION CEREMONY
Sungai Akar Camp, Thursday, 10 April 2025 – With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, three Majors and four Captains were promoted on 03 April 2025 in GSU Officers’ Mess.





