BAGI TAHUN 1448H / 2026M

SUNGAI AKAR, Jumaat, 23 Oktober 2026 – Majlis penutup dua gabungan kursus iaitu Kursus Asas Thaharah dan Kursus Penyempurnaan Jenazah Siri 2 bagi tahun 1448H / 2026M telah diadakan di Surau Perkhemahan Sungai Akar.   Kursus anjuran bersama tersebut disertai oleh anggota Pasukan Sekuriti Gurkha (PSG) dan Rejimen Pengawal Diraja (RPD) ABDB, kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), Kementerian Pertahanan.

Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan penghayatan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah serta memperkukuhkan amalan agama di kalangan anggota.   Majlis turut diserikan lagi dengan penyampaian sijil kepada para peserta kursus oleh Yang Mulia Komandan Pasukan Sekuriti Gurkha sebelum diakhiri dengan sesi bergambar ramai.